Thursday 14 December 2017

3 Cara Untuk Kekalkan Kesihatan Tulang


Tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. Ia sentiasa membina semula diri mereka dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah bergantung kepada betapa aktifnya kita dan betapa baiknya kita membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang.


Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang pada usia 30 tahun. Jika kita leka membiarkannya, ia boleh membawa kepada osteoporosis, satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah. Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari.



APA YANG ANDA BOLEH BUAT?

Amalkan 3 cara ini untuk kekalkan kesihatan tulang anda:

1.          Bersedia Awal
       Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada usia sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk anda buat persediaan ketika anda masih muda dengan mengamalkan pengambilan kalsium secukupnya.

2.          Lakukan Senaman Menahan Berat
       Senaman yang menahan berat meningkatkan ketumpatan tulang-tulang anda kerana tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan tekanan. Pertimbangkan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mengembara berjalan kaki, menari, dan bermain tenis.

3.          Buat Pilihan Yang Sihat
        Jangan merokok, kekalkan berat badan yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.




NUTRIEN UNTUK TULANG KUAT

Kalsium
Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita. Tambah makanan berkalsium tinggi ke dalam menu anda seperti susu, makanan berdaun hijau, dan kacang soya. Ambil 1000mg kalsium sehari melalui makanan atau suplemen untuk membantu mengekalkan tulang bagi kebanyakan orang dewasa; jumlah itu bertambah untuk wanita yang telah menopaus dan lelaki berusia lebih daripada 70 tahun.

Vitamin D
Vitamin D lebih lama daripada sistem pencernaan. Kekurangan Vitamin D menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Lakukan pemeriksaan berkala dan ambil suplemen untuk mencapai tahap paras optimum anda. Kebanyakan pengamal kesihatan mencadangkan sekitar 1000-2000IU sehari sebagai satu permulaan yang baik.

Magnesium
Ia merupakan satu mineral yang amat banyak dalam tulang dan pengambilan sekitar 400mg sehari merupakan satu keperluan untuk pembinaan tulang yang baik.

Boron
Ia adalah mineral surih yang ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. Ia membantu mengelakkan kerapuhan tulang dengan menyokong proses metabolisme tulang yang baik dan penggunaan nutrien yang diperlukan untuk membina tulang yang lebih kuat.

Mangan, tembaga dan zink
Mineral-mineral ini membantu dalam mengekalkan kepadatan tulang. Zink merupakan satu komponen daripada 200 enzim termasuk satu daripada yang terlibat di dalam proses mineral tulang di samping mangan bertindak sebagai faktor penguat bagi enzim dan zink yang diperlukan dalam proses ikatan silang kolagen tulang. Kekurangan salah satu daripada tiga serangkai ini telah dibuktikan boleh menggangu perkembangan tulang dan meningkatkan risiko menghidap osteoporosis pada lewat usia.



TAHUKAH ANDA?

Hari Osteoporosis Sedunia diraikan pada 20 Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran global untuk mencegah, mendiagnos dan merawat osteoporosis dan penyakit tulang metabolik. Ia pertama kali dirai pada tahun 1996 oleh Persatuan Osteoporosis Kebangsaan UK, dan telah diterajui oleh Yayasan Osteoporosis Internasional (IOF) sejak 1998.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan Intan tak minum susu, jadi Intan pilih untuk mengambil supplimen. Mudah ditelan tanpa meloyakan tekak.

Nak tahu supplimen apa?
.
.
Tadaaaa....

Intan memilih Ostematrix Shaklee. Ianya lebih dari sekadar kalsium.





Masih belum memiliki Ostematrix Shaklee? 

Hubungi Intan seperti maklumat di bawah untuk dapatkannya sekarang.

Call / WA : 0125828514


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
2.http://www.arthritis.org/research/funded-research/research-update/ru-march-april2008/rate-bone-loss-menopause/.
4. Volpe R, Sotis G, Gavita R, Urbinati S, Valle S, Modena MG. Healthy diet to prevent cardiovascular diseases and osteoporosis: the experience of the ‘ProSa’ project. High Blood Press Cardiovasc Prev. 2012 Jun 1;19(2):65-71. PMID: 22867092.
5. Holick MF. Optimal vitamin D status for the prevention and treatment of osteoporosis. Drugs Aging. 2007;24(12):1017-29. PMID: 18020534.
6. Busse B, Bale HA, Zimmermann EA, Panganiban B, et al.Vitamin d deficiency induces early signs of aging in human bone, increasing the risk of fracture. Sci Transl Med. 2013 Jul 10;5(193):193ra88.PMID: 23843449.
7. Rude RK, Singer FR, Gruber HE. Skeletal and hormonal effects of magnesium deficiency. J Am Coll Nutr. 2009 Apr;28(2):131-41. PMID: 19828898.
8. Zofková I, Nemcikova P, Matucha P. Trace elements and bone health. Clin Chem Lab Med. 2013 Aug;51(8):1555-61. PMID: 23509220.
9. Relea P, Revilla M, Ripoll E, Arribas I, Villa LF, Rico H. Zinc, biochemical markers of nutrition, and type I osteoporosis. Age Ageing. 1995;24(4):303–307.
10. Yee CD, Kubena KS, Walker M, Champney TH, Sampson HW. The relationship of nutritional copper to the development of postmenopausal osteoporosis in rats. Biol Trace Elem Res. 1995;48(1):1–11.

11. Brodowski J. Levels of ionized magnesium in women with various stages of postmenopausal ost

17 comments:

  1. Saya mmg dari kecik ada masalah tulang belakang, Alhamdullilah bersenam selalu dapat jaga kesihatan tulang.

    ReplyDelete
  2. Mak saya selalu amalkan ostematrix ni jugak. Iyalah, penjagaan tulang ni penting, tak kira peringkat umur. Tapi buat masa ni saya ada ambil beberapa suplemen. Takut banyak sangat pulak. haha

    ReplyDelete
  3. Tulang ni kena jaga sedari muda supaya bila dah berumur nanti tak la senang patah. Perempuan especially kena jaga sebab lepas menopause je tulang akan makin rapuh...

    ReplyDelete
  4. Bagus Ostemetrx ni.. TB selalu makan sepanjang mengandung sebab selalu cramp.. tapi lepas makan ni TB dah jarang cramp.. Alhamdulillah dnegan izin Allah juga kan

    ReplyDelete
  5. Marsha selalu amalkan ostematrik ni setiap hari alhamdulillah memang cergas je

    ReplyDelete
  6. Thank you for the tips. It's important to take care our bone's health via vitamins

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni pun saya rasa asyik sakit sakit belakang, sakit pinggang. Dulu pernah jumpe chiropractor, dia kata tulang punggung saya dah lari. Memang saya rasa ade benda pelik pun dengan tulang punggung sebab bila baring terlentang, badan tak boleh straight dan sakit. Semua jadi lepas saya bersalin

    ReplyDelete
  8. kena ambil kalsium mencukupi sejak muda kan. Kalau tak, masa dah berumur nanti, memang seksa kalau sakit-sakit sendi tulang..

    ReplyDelete
  9. Boasa tahu susu Anlene je bagus untuk tulang ni. Terbaiklah produk shaklee pun ada. Rasa dia camne ye? Macam susu biasa ke atau ada perisa?

    ReplyDelete
  10. Sungguh. Kesihatan tulang mmg sgt perlu dititikberatkan. Xboleh dipandang enteng.

    ReplyDelete
  11. Amalkan minum susu low fat setiap pagi. Office saya bagi free flow. Hahaha.

    ReplyDelete
  12. yes kena minum banyak susu. nowadays i think we terlalu bergantung kepada supplement.

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  13. oh i makan ostematrix masa time pregnant 1 hari 8 bijik haha

    ReplyDelete
  14. I mnum susu n amik ostematrix jugak...sebab mmg beza bila amik dengan tak

    ReplyDelete
  15. Setuju! Ostematrix memang sangat penting. Setiap hari makan, lawas je. Bila badan lenguh2 buat spa pun, bile consume ostematrix ni, esoknya bangun pagi rasa best sangat. Hilang segala rasa lenguh semua.

    ReplyDelete
  16. Kadang, ada orang takleh minum susu. Better ambil kapsul tu. Supaya pada masa akan datang lebih sihat dan tulang kuat. Memang kalau makan oster awal ni kita tak nampak hasilnya. tunggu beberapa tahun. Orang lain sakit belakang la, lutut la. Kita sihat lagi. Hehe

    ReplyDelete

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...