Showing posts with label kulit wajah. Show all posts
Showing posts with label kulit wajah. Show all posts

Monday, 18 December 2017

GLA Complex Untuk Si Hawa


Sama seperti kasut dan beg, seseorang wanita tidak mungkin mempunyai terlalu banyak nutrien untuk menjaga badannya. Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.





3 Manfaat Utama GLA Complex bagi kaum hawa:

1.        MENGGALAKKAN KULIT YANG SIHAT

Kunci kepada kulit yang sihat berseri adalah tahap kelembapannya.

GLA telah dibuktikan secara klinikal untuk memberikan manfaat:

§       Meningkatkan tahap kelembapan kulit
GLA menguruskan penghalang air semulajadi dalam kulit kita untuk mengekalkan kelembapan kulit.

§       Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.
Kulit yang mengalami rengsa dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.





2.        MEREDAKAN SINDROM PRA-MENSTRUASI (PMS)

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan juga kesejahteraan fizikal. Dengan nutrien yang berkesan, anda boleh terus menikmati aktiviti kegemaran anda.

Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan kaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:

§  Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.
§      Improving emotional score during pre-menstruation period.



3.        MELEGAKAN SIMPTOM MENOPAUS

Simptom-simptom menopaus seperti berasa panas, berpeluh malam, masalah tidur, perubahan mood dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia.

GLA didapati memberi manfaat untuk mengurangkan proses menopaus dengan:

§  Melegakan simptom ketegangan payudara.
§  Meningkatkan kesihatan emosi.




Satu botol GLA Complex mempunyai 60 softgel.
Penggunaan untuk 2 bulan.
Harga RM96.73.

Jom jadikan GLA Complex Shaklee sahabat baik anda mulai dari hari ini.


Ingin dapatkan lain-lain rangkaian produk Shaklee, hubungi Intan seperti maklumat di bawah:

Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
1. Kawamura A et al. 2011. Dietary supplementation of gamma-linoleneic acid improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci. 2011;60(12):597-607.
2. Kapoor R, Huang YS. 2006. Gamma linoleneic acid: an anti-inflammatory omega 6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
3. Gama, C.R.B., Lasmar, R., Gama, G.F. et al. (2014). Premenstrual Syndrome: Clinical Assessment of Treatment Out-comes Following Borago officinalis Extract Therapy. RBM, 71, 211-217.
4. Heather Currie and Rosemary Cochrane. (2010). Current options in the treatment of menopausal symptoms. Prescriber. Volume 21, Issue 13.

Friday, 15 December 2017

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Protein


Pakar pemakanan menyokong pengambilan protein tambahan dalam diet harian anda sebagai satu makronutrien penting untuk mengekalkan kesihatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai protein supaya kita membuat pemilihan yang tepat untuk kesihatan lebih baik.


1. Kenapa pentingnya menambahkan protein soya dalam diet harian saya?

Soya tinggi dengan protein dengan rendah dengan lemak. Ia membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Soya juga merupakan satu-satunya protein berasaskan tumbuhan, yang boleh dicernakan dengan mudah dan memiliki kualiti yang sama dengan protein daripada sumber haiwan. Apa yang lebih penting adalah FDA telah meluluskan bahawa diet rendah lemak tepu dan kolesterol bersama dengan dengan pengambilan 25g protein soya setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


2. Adakah protein soya menjadikan saya gemuk?

Penyelidikan klinikal menunjukkan pengambilan protein soya memberikan rasa kenyang lebih panjang, menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan mengurangkan kekerapan pengambilan kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat


3. Adakah ia membuat lelaki lebih bersifat kewanitaan?

Satu analisis saintifik telah dijalankan keatas lebih daripada 30 kajian tentang kesihatan yang berkaitan dengan soya dan hormon lelaki. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sama ada soya atau isoflavones (bahan asli ditemui dalam soya) mempunyai sebarang kesan pada tahap testosteron dalam di kalangan lelaki. Secara ringkas, pengambilan soya secara teratur adalah selamat di kalangan lelaki dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan sifat kejantanannya


4. Bolehkah wanita putus haid mengambil protein soya?

Berdasarkan satu kajian-silang-budaya yang telah dijalankan di kalangan wanita yang telah putus haid, subjek kajian di Jepun yang mengambil makanan bersoya setiap hari dalam jumlah yang tinggi mengalami fasa peralihan menopause yang lebih selesa. Dalam negaranegara Asia, purata pengambilan makanan soya setiap orang dianggar memberikan isoflavones sebanyak 25-45mg.

Protein soya tidak hanya menyokong zaman peralihan putus haid yang lebih selesa tetapi juga menyokong penjagaan tulang yang sihat yang amat penting untuk menyokong wanita semasa menempuh tempoh yang mencabar ini.


5. Bolehkah saya mengambil protein soya dengan makanan tambahan yang lain?

Protein soya ialah zat pelbagai guna. Ia melengkapi nutrien lain dengan mudah dan lancar ke dalam diet anda. Anda boleh ambil protein soya anda bersama alfalfa, vitamin B, sterols tumbuhan serta kolagen setiap hari, untuk meningkatkan kesejahteran secara keseluruhan.



Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, hubungi Intan seperti maklumat di bawah:

Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
1. Messina MJ. Legumes and soybeans: overview of their nutritional profiles and health effects. Am. J. Clin. Nutr. 1999, 70, 439S-450S.
2. Aaron J. Michelfelder. Soy: A Complete Source of Protein. complementary and alternative medicine. American Family Physician. January 1, 2009. Volume 79, Number 1
3. Franke AA, Custer LJ, Wang W, Shi CY. HPLC analysis of isoflavonoids and other phenolic agents from foods and from human fluids. Proc. Soc. Exp. Biol. Med. 1998, 217, 263-73.
4. Messina M. Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence. Fertil. Steril. 2010, 93, 2095-104.
5. Knight, DC, Eden, JA. A review of the clinical effects of phytoestrogens. Obstetrics and Gynecology. 1996; 87:897–904.

Thursday, 16 November 2017

CARA MENGENALI JENIS KULIT ANDA


Penting untuk anda tahu jenis kulit anda supaya mudah untuk memilih skincare yang sesuai.


Jadi, bagaimanakah cara mudah untuk mengenal pasti jenis kulit? Ikuti langkah-langkah seperti berikut:


1.        Sekiranya anda masih mengenakan make-up, bersihkan terlebih dahulu dengan make-up remover. Kemudian cuci muka anda menggunakan pencuci   muka yang lembut. Dan lap muka anda dengan tuala besih.


2.    Tunggu sehingga satu jam. Kerana pada ketika ini, kulit anda akan kembali pada keadaan asalnya mengikut jenis kulit. 

AWAS! JANGAN SESEKALI USAP ATAU PEGANG MUKA ANDA DENGAN TANGAN.


3.     Ambik blotting paper atau minyak kertas dan dap dap pada kulit muka anda.  Satu keping untuk bahagian dahi, satu keping untuk setiap satu pipi, satu keping untuk bahagian hidung dan satu lagi di bahagian dagu.


4.         Perhatikan pada setiap blotting paper tersebut.

·      Jenis kulit kering – Setiap blotting paper adalah kering dan tiada kesan minyak langsung.
·         Jenis kulit normal – Setiap blotting paper hanya ada sedikit kesan minyak.
·   Jenis kulit berminyak – Setiap blotting paper mempunyai kesan minyak yang banyak hingga blotting paper kelihatan lutsinar.
·      Jenis kulit kombinasi – Kesan minyak yang banyak pada blotting paper di bahagian dahi dan hidung (T-zone). Manakala di pipi dan dagu adalah kering atau sedikit berminyak.


Semoga ianya membantu mengenalpasti jenis kulit muka anda.


Sekiranya ingin mendapatkan supplimen untuk kecantikkan kulit dari dalam, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah.



Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...