Showing posts with label set berpantang. Show all posts
Showing posts with label set berpantang. Show all posts

Friday, 15 December 2017

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Protein


Pakar pemakanan menyokong pengambilan protein tambahan dalam diet harian anda sebagai satu makronutrien penting untuk mengekalkan kesihatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai protein supaya kita membuat pemilihan yang tepat untuk kesihatan lebih baik.


1. Kenapa pentingnya menambahkan protein soya dalam diet harian saya?

Soya tinggi dengan protein dengan rendah dengan lemak. Ia membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Soya juga merupakan satu-satunya protein berasaskan tumbuhan, yang boleh dicernakan dengan mudah dan memiliki kualiti yang sama dengan protein daripada sumber haiwan. Apa yang lebih penting adalah FDA telah meluluskan bahawa diet rendah lemak tepu dan kolesterol bersama dengan dengan pengambilan 25g protein soya setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


2. Adakah protein soya menjadikan saya gemuk?

Penyelidikan klinikal menunjukkan pengambilan protein soya memberikan rasa kenyang lebih panjang, menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan mengurangkan kekerapan pengambilan kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat


3. Adakah ia membuat lelaki lebih bersifat kewanitaan?

Satu analisis saintifik telah dijalankan keatas lebih daripada 30 kajian tentang kesihatan yang berkaitan dengan soya dan hormon lelaki. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sama ada soya atau isoflavones (bahan asli ditemui dalam soya) mempunyai sebarang kesan pada tahap testosteron dalam di kalangan lelaki. Secara ringkas, pengambilan soya secara teratur adalah selamat di kalangan lelaki dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan sifat kejantanannya


4. Bolehkah wanita putus haid mengambil protein soya?

Berdasarkan satu kajian-silang-budaya yang telah dijalankan di kalangan wanita yang telah putus haid, subjek kajian di Jepun yang mengambil makanan bersoya setiap hari dalam jumlah yang tinggi mengalami fasa peralihan menopause yang lebih selesa. Dalam negaranegara Asia, purata pengambilan makanan soya setiap orang dianggar memberikan isoflavones sebanyak 25-45mg.

Protein soya tidak hanya menyokong zaman peralihan putus haid yang lebih selesa tetapi juga menyokong penjagaan tulang yang sihat yang amat penting untuk menyokong wanita semasa menempuh tempoh yang mencabar ini.


5. Bolehkah saya mengambil protein soya dengan makanan tambahan yang lain?

Protein soya ialah zat pelbagai guna. Ia melengkapi nutrien lain dengan mudah dan lancar ke dalam diet anda. Anda boleh ambil protein soya anda bersama alfalfa, vitamin B, sterols tumbuhan serta kolagen setiap hari, untuk meningkatkan kesejahteran secara keseluruhan.



Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, hubungi Intan seperti maklumat di bawah:

Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
1. Messina MJ. Legumes and soybeans: overview of their nutritional profiles and health effects. Am. J. Clin. Nutr. 1999, 70, 439S-450S.
2. Aaron J. Michelfelder. Soy: A Complete Source of Protein. complementary and alternative medicine. American Family Physician. January 1, 2009. Volume 79, Number 1
3. Franke AA, Custer LJ, Wang W, Shi CY. HPLC analysis of isoflavonoids and other phenolic agents from foods and from human fluids. Proc. Soc. Exp. Biol. Med. 1998, 217, 263-73.
4. Messina M. Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence. Fertil. Steril. 2010, 93, 2095-104.
5. Knight, DC, Eden, JA. A review of the clinical effects of phytoestrogens. Obstetrics and Gynecology. 1996; 87:897–904.

Thursday, 14 December 2017

3 Cara Untuk Kekalkan Kesihatan Tulang


Tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. Ia sentiasa membina semula diri mereka dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah bergantung kepada betapa aktifnya kita dan betapa baiknya kita membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang.


Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang pada usia 30 tahun. Jika kita leka membiarkannya, ia boleh membawa kepada osteoporosis, satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah. Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari.



APA YANG ANDA BOLEH BUAT?

Amalkan 3 cara ini untuk kekalkan kesihatan tulang anda:

1.          Bersedia Awal
       Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada usia sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk anda buat persediaan ketika anda masih muda dengan mengamalkan pengambilan kalsium secukupnya.

2.          Lakukan Senaman Menahan Berat
       Senaman yang menahan berat meningkatkan ketumpatan tulang-tulang anda kerana tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan tekanan. Pertimbangkan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mengembara berjalan kaki, menari, dan bermain tenis.

3.          Buat Pilihan Yang Sihat
        Jangan merokok, kekalkan berat badan yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.




NUTRIEN UNTUK TULANG KUAT

Kalsium
Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita. Tambah makanan berkalsium tinggi ke dalam menu anda seperti susu, makanan berdaun hijau, dan kacang soya. Ambil 1000mg kalsium sehari melalui makanan atau suplemen untuk membantu mengekalkan tulang bagi kebanyakan orang dewasa; jumlah itu bertambah untuk wanita yang telah menopaus dan lelaki berusia lebih daripada 70 tahun.

Vitamin D
Vitamin D lebih lama daripada sistem pencernaan. Kekurangan Vitamin D menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Lakukan pemeriksaan berkala dan ambil suplemen untuk mencapai tahap paras optimum anda. Kebanyakan pengamal kesihatan mencadangkan sekitar 1000-2000IU sehari sebagai satu permulaan yang baik.

Magnesium
Ia merupakan satu mineral yang amat banyak dalam tulang dan pengambilan sekitar 400mg sehari merupakan satu keperluan untuk pembinaan tulang yang baik.

Boron
Ia adalah mineral surih yang ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. Ia membantu mengelakkan kerapuhan tulang dengan menyokong proses metabolisme tulang yang baik dan penggunaan nutrien yang diperlukan untuk membina tulang yang lebih kuat.

Mangan, tembaga dan zink
Mineral-mineral ini membantu dalam mengekalkan kepadatan tulang. Zink merupakan satu komponen daripada 200 enzim termasuk satu daripada yang terlibat di dalam proses mineral tulang di samping mangan bertindak sebagai faktor penguat bagi enzim dan zink yang diperlukan dalam proses ikatan silang kolagen tulang. Kekurangan salah satu daripada tiga serangkai ini telah dibuktikan boleh menggangu perkembangan tulang dan meningkatkan risiko menghidap osteoporosis pada lewat usia.



TAHUKAH ANDA?

Hari Osteoporosis Sedunia diraikan pada 20 Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran global untuk mencegah, mendiagnos dan merawat osteoporosis dan penyakit tulang metabolik. Ia pertama kali dirai pada tahun 1996 oleh Persatuan Osteoporosis Kebangsaan UK, dan telah diterajui oleh Yayasan Osteoporosis Internasional (IOF) sejak 1998.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan Intan tak minum susu, jadi Intan pilih untuk mengambil supplimen. Mudah ditelan tanpa meloyakan tekak.

Nak tahu supplimen apa?
.
.
Tadaaaa....

Intan memilih Ostematrix Shaklee. Ianya lebih dari sekadar kalsium.





Masih belum memiliki Ostematrix Shaklee? 

Hubungi Intan seperti maklumat di bawah untuk dapatkannya sekarang.

Call / WA : 0125828514


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
2.http://www.arthritis.org/research/funded-research/research-update/ru-march-april2008/rate-bone-loss-menopause/.
4. Volpe R, Sotis G, Gavita R, Urbinati S, Valle S, Modena MG. Healthy diet to prevent cardiovascular diseases and osteoporosis: the experience of the ‘ProSa’ project. High Blood Press Cardiovasc Prev. 2012 Jun 1;19(2):65-71. PMID: 22867092.
5. Holick MF. Optimal vitamin D status for the prevention and treatment of osteoporosis. Drugs Aging. 2007;24(12):1017-29. PMID: 18020534.
6. Busse B, Bale HA, Zimmermann EA, Panganiban B, et al.Vitamin d deficiency induces early signs of aging in human bone, increasing the risk of fracture. Sci Transl Med. 2013 Jul 10;5(193):193ra88.PMID: 23843449.
7. Rude RK, Singer FR, Gruber HE. Skeletal and hormonal effects of magnesium deficiency. J Am Coll Nutr. 2009 Apr;28(2):131-41. PMID: 19828898.
8. Zofková I, Nemcikova P, Matucha P. Trace elements and bone health. Clin Chem Lab Med. 2013 Aug;51(8):1555-61. PMID: 23509220.
9. Relea P, Revilla M, Ripoll E, Arribas I, Villa LF, Rico H. Zinc, biochemical markers of nutrition, and type I osteoporosis. Age Ageing. 1995;24(4):303–307.
10. Yee CD, Kubena KS, Walker M, Champney TH, Sampson HW. The relationship of nutritional copper to the development of postmenopausal osteoporosis in rats. Biol Trace Elem Res. 1995;48(1):1–11.

11. Brodowski J. Levels of ionized magnesium in women with various stages of postmenopausal ost

Wednesday, 15 February 2017

Set Berpantang Yang Terbaik




Set Berpantang Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu selepas melahirkan anak bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Set ini bukan saja membantu ibu2 memulihkan luka, malah untuk menigkatkan penghasilan susu, memberi badan yang cergas, ibu2 mendapat nutrisi yang lengkap dan mengelakkan dari meroyan.
Set ini terdiri daripada:


1. ESP

- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino 

yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat 

kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan 
kenyang bila menyusu dan tidak meragam. Sangat bagus utk perkembangan dan 
tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


2. Alfalfa Complex

- Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan. Pengambilannya dapat melegakan 

sakit sendi dan belakang. Ia juga bertindak seperti ‘kacip fatimah’ kepada wanita. 

Melegakan sembelit bagi ibu berpantang. Membantu memperbanyakkan susu ibu. Membuang angin dalam badan dan memulihkan urat selepas bersalin


3. SR Vita-C Plus

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak 

selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.



4. Vitalea

- Ia membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh yang sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya. Kalau nk menyusu baby,pengambilan zat besi adalah sangat penting.



Nota : Vitalea tak boleh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi oleh badan.

5. Ostematrix

- Menguatkan tulang ibu yang baru lepas bersalin dan bayi. Memperbaiki kekejangan dan kebas2. Meringankan stress. Sumber vitamin D dan mampu merawat penyakit rickets. Ostematrix juga membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang



6. B-Complex with Folic Acid

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan 

ibu yang sedang berpantang. Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah 

merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi 

tenaga.


Selain itu, Set Berpantang Shaklee memang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, malah ia juga boleh dimulakan semasa proses kehamilan lagi dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna 

kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan 

sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.




Pengedar Sah Shaklee,

Intan

012 5828514

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...