Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Thursday, 16 November 2017

CARA MENGENALI JENIS KULIT ANDA


Penting untuk anda tahu jenis kulit anda supaya mudah untuk memilih skincare yang sesuai.


Jadi, bagaimanakah cara mudah untuk mengenal pasti jenis kulit? Ikuti langkah-langkah seperti berikut:


1.        Sekiranya anda masih mengenakan make-up, bersihkan terlebih dahulu dengan make-up remover. Kemudian cuci muka anda menggunakan pencuci   muka yang lembut. Dan lap muka anda dengan tuala besih.


2.    Tunggu sehingga satu jam. Kerana pada ketika ini, kulit anda akan kembali pada keadaan asalnya mengikut jenis kulit. 

AWAS! JANGAN SESEKALI USAP ATAU PEGANG MUKA ANDA DENGAN TANGAN.


3.     Ambik blotting paper atau minyak kertas dan dap dap pada kulit muka anda.  Satu keping untuk bahagian dahi, satu keping untuk setiap satu pipi, satu keping untuk bahagian hidung dan satu lagi di bahagian dagu.


4.         Perhatikan pada setiap blotting paper tersebut.

·      Jenis kulit kering – Setiap blotting paper adalah kering dan tiada kesan minyak langsung.
·         Jenis kulit normal – Setiap blotting paper hanya ada sedikit kesan minyak.
·   Jenis kulit berminyak – Setiap blotting paper mempunyai kesan minyak yang banyak hingga blotting paper kelihatan lutsinar.
·      Jenis kulit kombinasi – Kesan minyak yang banyak pada blotting paper di bahagian dahi dan hidung (T-zone). Manakala di pipi dan dagu adalah kering atau sedikit berminyak.


Semoga ianya membantu mengenalpasti jenis kulit muka anda.


Sekiranya ingin mendapatkan supplimen untuk kecantikkan kulit dari dalam, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah.



Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Thursday, 28 September 2017

Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C Shaklee mengatasi radikal bebas untuk kulit yang sihat



Alami semula nikmat kesihatan dengan mengambil nutrien yang tepat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.



Keistimewaan Shaklee :
·    Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 

·      Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran Vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

·  Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya



Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
·     Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang  dan juga kulit anda.
· Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.




Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.



Rujukan:
1. K Akhilender, Naidu. (2003). Vitamin C in human health and disease is still a mystery? An overview. Nutrition Journal. (2):7. https://doi.org/10.1186/1475-2891-2-7


2. Telang, P. S. (2013). Vitamin C in dermatology. Indian Dermatology Online Journal, 4(2), 143–146. http://doi.org/10.4103/2229-5178.110593.

Friday, 22 September 2017

HB RENDAH KETIKA HAMIL


Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh ibu hamil adalah masalah Hb rendah. Setiap kali checkup pastinya kena tahan telinga dek bebelan nurse. Dah bermacam-macam cara dibuat tapi masih tak membantu. Dan akhirnya kena ambil suntikan atau menjalani proses tambah darah. Pastinya 3-4 beg darah.

Anemia adalah keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Hb adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya mengangkut oksigen daripada salur pernafasan ke seluruh badan manusia. 

Masalah Hb rendah boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan zat badan semasa lahir, masalah keguguran, bayi dilahirkan cacat atau paling teruk bayi meninggal di dalam kandungan.



Bacaan HB Normal untuk Ibu hamil

Bagi ibu mengandung, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia:


Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)
      Kategori Anemia     
> 11.0
Normal
9.5 < 11
Anemia Ringan
8.0 < 9.5
Anemia Sederhana
6.9 < 8.0
Anemia Kritikal
< 6.9
Anemia Sangat Kritikal


Punca Hb Rendah

1.         Kekurangan Zat Besi (Iron)

Salah satu faktor utama Hb rendah bagi ibu-ibu hamil adalah kekurangan zat besi. Zat besi (iron) penting dalam penghasilan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah protein dalam sel darah merah. Ianya berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 

2.         Kekurangan Asid Folik (B9)

Asid folik sangat penting bagi ibu hamil. Malah sangat digalakkan ambil sebelum bermula kehamilan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat semasa lahir.

Selain itu asid folik amat penting bagi membantu penghasilan sel darah yang sihat. Disebabkan itu, kemungkinan lain Hb rendah ketika hamil adalah kekurangan asid folik. Badan ibu hamil memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru. Ini termasuklah menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat. Kekurangan asid folik akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.


3.         Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 sangat penting untuk membantu proses pembentukan sel darah merah yang sihat. Kekurangan vitamin B12 ini selain menyebabkan hb rendah, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

Ibu hamil yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur akan lebih terdedah kekurangan Vitamin B12.


4.         Kekurangan Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam membantu penyerapan zat besi. Kekurangan Vitamin C juga boleh menjejaskan bacaan Hb ibu-ibu. Anda sudah tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan zat besi (iron) tapi disebabkan kurang pengambilan Vitamin C, bacaan Hb masih tak memuaskan.


Sebab itu, seimbangkan pengambilan zat besi & Vitamin C. Banyakkan pengambilan buah-buahan citrus seperti oren & lemon, jambu batu, epal, strawbery, kiwi dan sayur-sayuran hijau.


Cara untuk naikkan HB & Tambah Darah

1.           Makan makanan yang membantu untuk menaikkan paras Hb dalam darah
        Contoh : daging merah, hati, bayam, brokoli, pisang, madu, buah delima, kerang dan  sebagainya.

2.            Dapatkan supplimen tambahan
 Amalkan 3 vitamin asas dalam set kehamilan Shaklee. Iaitu Vitalea, B Complex dan  SR Vita-C plus.



3.           Elakkan minuman dan makanan yang berkafein atau bikarbonat

4.     Jarakkan pengambilan kalsium atau susu dengan makanan yang meningkatkan Hb dalam darah.
Contohnya seperti seperti susu dan keju. Jarakkan dalam tempoh 2-3 jam dengan makanan atau vitamin yang meningkatkan paras Hb. Tetapi jangan abaikan pengambilan kalsium. Ini kerana kalsium penting dalam pembentukkan tulang bayi dalam kandungan.



Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Wednesday, 20 September 2017

TESTIMONI THE RADIANT 4 SHAKLEE

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.



The Radiant 4. (Klik untuk ketahui lebih lanjut Set The Radiant 4)
Radiant Skin Discovered!

4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.

1. Protein (ESP) untuk membina kulit yang sihat
2. Perlindungan antioksida dengan Vitamin C
3. Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen
4. Kekalkan kelembapan kulit dengan GLA


TESTIMONI

Testimoni 1


Testimoni 2



 Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5


Testimoni 6




Testimoni 7



Testimoni 8



Testimoni 9




Testimoni 10




Istimewa bagi yang belum ahli.

a. Daftar ahli (RM69) dan dapat penjimatan harga sehingga RM135.
b. Cash bonus RM24.++
c. Baucar RM60(RM20 x 3)
d. PWP Shaklee Shaker Coral Orange RM19.08 (worth RM33.90)

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Tawaran hanya sah sehingga 30 September 2017.


Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Tuesday, 12 September 2017

Cara Menghilangkan Sunburn


Seronoknya bercuti kat pantai. Malaysia ni banyak pantai/pulau-pulau yang cantik. Antaranya Pulau Mabul, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian, Pulau Rawa dan banyak lagi. Tapi bagi setengah individu, bercuti di pulau atau pantai sangat perlu dielakkan. Salah satu sebabnya takut sunburn. Masalah sunburn nie bukan saja pada kaum wanita tapi juga lelaki. Dah sapu sunblock pun, sunburn tetap ada kan...😌

Kalau tak pergi ke pulau-pulau pun, ada segelintir individu akan terdedah dengan masalah sunburn. Misalnya tuntutan kerja yang perlu bekerja di luar opis seperti melawat tapak-tapak pembinaan, tentera dan sebagainya.


Bagi yang ada masalah sunburn, tak payah nak risau-risau dah bagaimana nak hilangkannya. Atasi masalah dengan ESP dan SR Vita-C Shaklee.😎


Kedua-dua nutrien ini sangat baik dan bermanfaat untuk mendapatkan kulit yang cantik. Bagaimana ESP dan SR Vita-C ini membantu dalam memulihkan masalah kulit sunburn.

Protein (ESP) membantu memperbaiki sel kulit yang rosak sekaligus membantu agar kulit nampak lebih sihat dan segar.

Vitamin C pula membantu menghasilkan kolagen pada kulit dan melindungi kulit dari mudah rosak di bawah sinaran matahari.


Wahh...lepas ni kalau ada orang ajak bercuti kat pulau, dah tak der masalah.🏖 🏝 ⛱

Testimoni







Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Monday, 11 September 2017

Kulit Cantik Berseri Dari Dalam



Nak tips untuk Cik Abam lagi bertambah sayang.😍😍

Bila di depan mata, pandang tak jemu,
Bila jauh, terasa rindu.
.
.
Pada bulan September ni, Shaklee memperkenalkan Set The Radiant 4! Ada yang tertanya-tanya apa The Radiant 4 tu. Ianya ala-ala Fantastic Four gituuu…😜


Ok…set The Radiant 4 ni terdiri dari ESP, Shaklee Collagen Powder, SR Vita-c dan juga GLA Complex. Masing-masing ada kepentingan untuk memberikan kulit yang cantik berseri dari dalam. Bila ianya bergabung, hasilnya wow kebabommm…


Jom kita tengok kepentingan 4 nutrien untuk kulit cantik berseri dari dalam.

1.         PROTEIN untuk MEMBINA kulit yang sihat.

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

Ø  Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
Ø    Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
Ø    Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
Ø    Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
Ø  Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.



2.         Tingkatkan KEANJALAN dengan KOLAGEN

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

Ø  Kulit yang lebih anjal.
Ø  Mengurangkan kedutan.
Ø  Kulit yang lebih anjal.
Ø  Mengurangkan parut.



3.         PERLINDUNGAN Antioksida dengan VITAMIN C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

Ø  Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
Ø  Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
Ø  Membantu dalam penyembuhan luka.
Ø  Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.



4.         Kekalkan KELEMBAPAN Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

Ø  Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
Ø  Mengekalkan kelembapan kulit.
Ø  Melawan keradangan.




Bagi bakal-bakal pengantin, cepat-cepat dapatkan The Radiant 4 ni. Bertambah-tambah seri pengantinnya nanti. Ibu-ibu yang tengah berpantang pun boleh amalkan set nie untuk mengembalikan keremajaan kulit.  

Wahai kaum lelaki jadikan set The Radiant 4 sebagai hantaran (bagi yang bakal berkahwin), hadiah anniversary atau hadiah hari lahir kepada wanita kesayangan anda.




Special bagi anda yang belum mendaftar ahli.

Daftar ahli dan dapat penjimatan harga sehingga RM135.
Cash bonus RM25.++
Baucar RM60 (RM20 x 3)
PWP Shaklee Shaker Coral Orange RM19.08 (worth RM33.90)

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi saya,

Call/ WA : 012-5828514 (Intan Izlina)
FB Page : Kedai Cantik.Sihat

Cod sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
 5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology. 84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...