Monday 24 July 2017

What Makes You Stay With Shaklee

Pada penghujung 2011, saya mencari-cari suplimen yang terbaik untuk anak bujang sorang ni. Ammar seorang yang sangat picky eater dan susah nak bagi makan. Nak bagi makan dia kena ada 2 orang, sorang suap makan, sorang kena main dengan dia.

Bulan pertama amik Mealshakes, selera makan masih di tahap yang belum memuaskan. Tapi, masalah ekzema nampak semakin berkurangan. Masuk bulan kedua, ada sedikit perkembangan. Walaupun begitu, saya tetap teruskan bagi Mealshakes pada Ammar. Tak sangka Ammar pun dah kurang kena demam, selsema dan batuk. Jadi, asthmanya pun dah tak sekerap dulu.

Sebelum amik melashakes, kalau demam jer..mesti selsema dan batuk menjengah. Bila selsema dan batuk, Ammar mesti kena asthma. Nangis-nangis kena nab. 😭

Pada bulan ketiga, selera makannya menunjukkan perubahan yang baik. Nasi yang di suap habis. Mula terima makanan lain selain roti. Kami pun dah kurang ke klinik. Syukur sangat....


Ammar pun sangat sukakan rasa Mealshakes ni. Jadi, tak der masalah. Sekarang, sebelum ke sekolah mesti minum secawan milo+ mealshakes. Barulah cergas bertenaga bila ke sekolah. 

Sejak itulah saya "sangkut habis" dengan Shaklee. 😍😍 
😍     Walaupun pada mulanya saya tak nampak kesan positif selepas Ammar amik Mealshakes 😁. Dengan perubahan Ammar, saya rasa happy sangat. Pada umur dia 3 tahun, asthma totally dah tak der. Ekzema masih ada sikit-sikit tak seteruk sebelum consume Melashakes. Ammar pun dah jarang sangat demam. Itu sebab sampai sekarang pun masih setia dengan supplimen Shaklee. Sebab mmg dah tau produk Shaklee nie selamat, berkesan dan natural.


Umminya pula, 1st produk Shaklee yang di cuba adalah Shaklee Collagen Powder (SCP). Parut jerawat hilang, muka dah tak kusam, kulit semakin lembut dan cerah sekata. Lepas tu, memang melekat jer la dengan SCP nie. Bukan susah pun. Caranya bancuh dalam milo atau jus dan minum sebelum tidur.

Harus diingatkan dalam pengambilan supplimen, bukan setakat consume sebulan dua bulan jer. Haruslah sampai bila-bila. Satu lagi, jangan cepat give up. Bila dah habis sebotol dan tak nampak perubahan terus reject cakap tak bagus 😓. Ish ish tak baik tau... sebab reaksi supplimen tersebut tak sama dengan badan semua orang. Ada yang bagi efek cepat, ada yang lambat. Walaupun kesan yang kita nak lambat, sebenarnya supplimen tersebut dalam proses memulihkan sel badan yang lain yang menyebabkan masalah utama. Supplimen kan makanan tambahan bukannya ubat.

Sekiranya anda masih tercari-cari supplimen yang sesuai, jangan malu-malu untuk hubungi Intan yer.. 

Pengedar Sah Shaklee
Intan Izlina Abd Rashid
012 5828514

COD Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Saturday 22 July 2017

Impian & Bisnes Shaklee

Siapa saya 10 tahun akan datang?



Jom la kita berangan jap...😊

10 tahun akan datang, saya adalah Master Intan Izlina Abdul Rashid. Berumur 45 tahun. Walaupun dah 40th series, Intan tetap akan nampak awet muda sebab Intan amalkan Vivix dan Shaklee Collagen Powder. Sila jangan jeles yer..👧


Pada masa ini, Intan sudah mempunyai empayar yang besar dalam bisnes Shaklee. Aminnn..Para downline Intan berada di setiap negeri. Seluruh rakyat Malaysia tidak ada masalah untuk dapatkan produk Shaklee, hanya call downline Intan yang berada di seluruh Malaysia. 


Dah pangkat Master, of course segala benefit Shaklee dah merasa seperti Car Bonus, Conference dan pelbagai trip percuma. Selain Monthly Bonus, Leadership Bonus atau apa saja cash bonus yang dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan, Shaklee juga beri Car Bonus. Shaklee bukannya bagi sebiji kereta tapi Car Bonus ini adalah dalam bentuk wang yang dimasukkan dalam akaun dan amaunnya bergantung pada hasil jualan anda. Bagi yang belum ada kereta, boleh pakai wang tersebut untuk beli kereta. Kalau sudah memiliki kereta, wang tersebut boleh dibuat sebagai bayaran bulanan kereta sedia ada. Kereta sudah habis bayar, gunalah wang tersebut untuk disimpan atau membuat pelaburan rumah atau apa saja. Wang tersebut sudah menjadi milik anda, pandai-pandailah mahu menggunakannya. Menarik bukan..👍👍👍


Selain manafat dari segi kewangan, Shaklee juga menyediakan trip percutian percuma bagi yang layak. Trip percutian bukan saja dalam Malaysia tetapi seluruh dunia. Penginapan hotel 5 bintang, duit poket, travel bag, hadiah, makan di restoron mewah dan juga ada kejutan-kejutan untuk para Shaklee Leaders yang best tak terkata. Syoknyaa... 💃💃💃💃💃


Wang dalam akaun simpanan pun hampir mencecah RM200K.💵💵💵 
WoW!!! Best nya kalau ada sekarang...hihi.. Monthly income dah cecah RM50k dan ke atas, tak mustahil setiap bulan Intan adalah antara penyumbang zakat yang terbanyak. Aminnn... 



Impian untuk hantar mak dan abah pergi menunaikan ibadah Haji pun sudah terlaksana. Rumah untuk mak dan abah juga telah disediakan. Setiap bulan tidak pernah missed untuk beri wang pada mak dan abah. Aminnn..Syukur, Alhamdulillah...Aset rumah pun ada 1 lagi yang dibuat sewa. Nanti anak dah besar, kahwin boleh duduk situ. Yang sorang lagi duduk dengan ummi dan ayah yer... 😜



Dalam berbisnes Shaklee nie, bukanlah kekayaan di dunia yang Intan cari tetapi kekayaan di akhirat kelak. Untuk kaya di akhirat, kita perlu kaya di dunia. Untuk menjadi penyumbang zakat terbanyak, memerlukan duit bukan? Untuk membantu orang yang memerlukan juga perlukan duit. Untuk membahagiakan dan memberi yang terbaik untuk mak, abah dan adik beradik yang lain juga perlukan duit. 

Bergenang pulak air mata ni...sob sob sob...😭😭😭
Jika dipanjang umur, semoga kesemua angan-angan dan impian Intan tercapai. Aminnn Ya Rabbal A'lamin.


Intan Izlina Abdul Rashid
Pengedar Sah Shaklee Shah Alam
012 5828514
1.05am (23 Julai 2017)

Friday 21 July 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah favourite kami sekeluarga. Dalam seminggu at least 2 kali seminggu buat Ayam Goreng Berempah.




Bahan-bahannya :

1. 7-8 ketul isi ayam yang telah dipotong
2. 2 batang serai 
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 sudu cili kering (kisar)
6. Garam secukup rasa
7. 3 sudu besar rempah daging
8. 2 tangkai daun kari
9. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Ayam dibersihkan dan diketepikan.
2. Serai, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar
3. Masukkan cili kering, bahan-bahan yang ditumbuk, daun kari, garam dan rempah daging ke dalam bekas yang berisi ayam.
4. Gaul sehingga rata
5. Sebaiknya di perap 2-3 jam
6. Goreng di dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana.

Intan selalunya akan masukkan dalam peti sejuk untuk perap semalaman. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi lemak. Gambar siap goreng tak sempat snap. Letak jer terus hilang masuk dalam perut suami & anak-anak.


5 SEBAB TOLAK SUPPLIMEN

Sebahagian rakyat Malaysia TAK SUKA amik supplimen. Kenapa yer? 
Ini adalah beberapa kemungkinan:

1. Tak boleh telan pil dan tak sedap.
- Ini adalah antara alasan saya bila kawan ajak amalkan supplimen. Sebenarnya tak semua supplimen adalah dalam bentuk pil atau tablet. Ada yang berbentuk serbuk (bancuh dan minum) dan dalam bentuk cecair (terus minum). Rangkaian supplimen Shaklee ada yang berbentuk tablet, serbuk dan cecair. Supplimen Shaklee yang berbentuk serbuk dan cecair semuanya sedap. Contohnya ESP. Diperbuat daripada soya non-gmo. Bagi peminat soya pastinya tak akan pilih minuman soya yang ada dipasaran dan belum tentu memberi manfaat yang baik untuk kesihatan. Boleh pula dipelbagaikan dengan mencampurkan dengan kurma, kismis, atau buah-buahan. Vivix, the most powerful suppliment ever after. Rasany manis manis masam. Maklumlah salah satu bahannya adalah dari Anggur Muscadine, anggur yang paling unik dan terbaik di dunia. Shaklee Colagen Powder pula perlu dibancuh samada bersama milo, horlick atau jus buah-buahan.

2. Sudah mengambil makanan yang seimbang
- Ini pun salah satu alasan Intan tak nak makan supplimen. Sebabnya rasa diri dah cukup dapatkan zat dan vitamin dari makanan harian. Masa tu belum kenal Shaklee. Pulak tu kebanyakkan yang amik supplimen masa tu ada masalah buah pinggang. Jadinya memang takut sangat nak amik supplimen. Jadinya makanlah buah-buahan, sayur-sayuran yang pelbagai warna, ada proteinnya, ada karbohidratnya. 

Tapi pada zaman sekarang sayur-sayuran dan buah-buahan kebanyakkan sudah diubah ginetiknya (GMO). Belum bab penggunaan bahan kimia berbahaya. Masukkan bahan kimia untuk mengekalkan kesegaran, rendam dengan pewarna la dan macam-macam lagi. 

Ayam pula, banyak pula dicucuk untuk cepatkan tumbesaran. Belum bab bila ianya telah dimasak. Tahukah anda, protein akan musnah bila dikenakan suhu yang tinggi. Yang tinggal hanya 5% dan selebihnya adalah "sampah".





Jadi, tak banyak mana pun zat-zat dan mineral yang masuk dalam badan kita melalu pemakanan harian. Nak cukupkan kena la amik supplimen iaitu makanan tambahan.


3. Tak sakit. Saya sihat walafiat.
- Lumrah rakyat Malaysia, bila dah sakit baru terngadah. Selalu tunggu sakit, baru gelabah nak cari penawarnya. Kurang sifat sediakan payung sebelum hujan. Yang takut pergi hospital, mulalah mencari berbagai produk luar yang kebanyakkannya buat makin teruk dan "atas semata-mata mahu untung". 

Ramai yang tak tahu dengan mengamalkan supplimen, penyakit-penyakit tersebut dapat dielakkan. Bagi yang sudah menghidapi penyakit, sila dapatkan rawatan doktor, jangan tinggalkan ubat dan dapatkan supplimen Shaklee yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan atau memulihkan.


4. Kurang ilmu mengenai kepentingan supplimen.
Bila dengar ada yang kena sakit buah pinggang sebab amik supplimen, dari nak beli terus tak jadi. Tindakan yang tidak bijak. Sebaiknya selidiki dulu apa yang menyebabkan sakit buah pinggang, supplimen brand apa yang dia amik, makan ubat doktor ke tak dan sebagainya. Bagi yang ingin ambil supplimen, selidiki setiap brand supplimen yang nak di ambil. 

Syarikatnya, kandungannya, cara pembuatan atau pemprosesannya, feedback dari pengguna sebelum nie, Landmark Study ada ke tak, ada ujian klinikal ke tak dan sebagainya. Bila tiada research tentang supplimen, itu yang membuatkan seseorang itu tersalah memilih produk dan langsung tidak menerima supplimen seumur hidupnya. 

5. Macam makan ubat
Ubat dan supplimen adalah sangat berbeza. 3 perbezaan antara ubat dan supplimen.

Ubat Supplimen
1 - Diambil ketika sakit 1 - Boleh di ambil bila-bila masa
2 - Berfungsi untuk merawat 2 - Mencegah dan membantu untuk memulihkan penyakit
3 - Kebergantungan pada jangka masa panjang akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan 3 - Pilih supplimen yang semulajadi. Pemilihan supplimen sintetik akan memudaratkan kesihatan pada jangka masa panjangMempunyai kesan yang negatif untuk jangka panjang


Penulisan ini adalah dari pengalaman sendiri yang dulunya anti-supplimen. Semoga manfaat untuk semua. Yang buruk datang dari saya, yang baiknya dari Allah swt. 

Nak supplimen Shaklee?

Klik www.wasap.my/60125828514
FB : intan.izlina
FB Page : Kedai Sihat.Cantik

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...