Monday 27 November 2017

Set Detoks Shaklee




Umum mengetahui detoks adalah langkah yang penting untuk mencapai kesihatan yang terbaik secara menyeluruh. Baik untuk anda yang sedang fokus untuk kurus, meningkatkan tenaga, melegakan kembung perut dan sembelit, membendung nafsu makan, mengurangkan tekanan, menguatkan sistem imun atau memperbaiki kulit anda.


Tahukah anda?

Membersihkan tubuh badan anda daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda kita inginkan makanan yang lebih berkhasiat.

Selepas berdetoks, kita lebih cenderung untuk memilih makanan yang berkhasiat dan meninggalkan makanan yang tidak sihat.





Set Detoks Shaklee

1.         Vivix

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang sangat hebat. Semasa dalam tempoh detox, Vivix membantu memberikan tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

Selain Anggur Muscadine, Vivix juga mengandungi ekstrak polygonum cuspidatum, ekstrak european elderberry dan ekstrak lobak ungu. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Vivix mengandungi 4 bahan aktif ini yang tinggi kandungan Resveratrol berbanding resveratrol dari produk lain di pasaran. Resveratrol sangat powerful untuk bantu kawalan pelbagai jenis penyakit


2.         DTX Complex

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ini merupakan teman baik kepada hati. Ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas , membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama. Oleh itu DTX memang terkenal sebagai TONIK HATI.

Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau sudah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengan lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

Dalam DTX juga mengandungi ekstrak cendawan Reishi, schizadra, ekstrak dendalion, kunyit dan articok. Kandungan DTX Complex Shaklee kaya dengan antioksida bantu rangsang baik pulih dan regenerasi sel hati dan bantu mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin dari badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


3.         Herb-Lax

Herb-Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

Selain daun senna, herblax juga mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan, elak sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.


4.         Alfalfa Complex

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan (asid) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.

Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.


5.         Peppermint Ginger Plus

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut.

Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Kandungan dalam supplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil supplemen Peppermint Ginger Plus ni.


Berminat dengan Set Detoks Shaklee ini, boleh hubungi Intan

Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Sunday 26 November 2017

8 Manfaat Detoks Cara Shaklee



Detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan anda.


KESAN POSITIF DETOKS

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan.

Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

1.         Pengurangan berat badan

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.


2.         Melegakan rasa kembung dan masalah sembelit

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.


3.         Memberi Tenaga

Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!


4.         Mengurangkan nafsu makan

Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).


5.         Kulit lebih cantik

Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya?


6.         Mengurangkan Tekanan

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya: apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutruen juga akan menurun dan tubuh badan anda semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini – ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika telah mengeluarkan toksin, anda boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh anda untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tiduk yang lebih berkualiti.


7.         Menguatkan sistem imunisasi

Radikal secara percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!


8.         Tidur lebih lena

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormone tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.


Detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

Dapatkan Set Detoks Shaklee sekarang!




Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Rujukan:
1. Arsenescu, V., Arsenescu, R. I., King, V., Swanson, H., & Cassis, L. A. (2008). Polychlorinated biphenyl-77 induces adipocyte differentiation and proinflammatory adipokines and promotes obesity and atherosclerosis. Environ Health Perspect , 761-768.
2. Grün , F., & Blumberg, B. (2006). Environmental obesogens: organotins and endocrine disruption via nuclear receptor signaling. Endocrinology, 50-55.
3. Grun, F. (2014). A Theory of How Chemicals Cause Obesity Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes, 453-459.
4. Matsumura, F., & Moreno-Aliaga, M. J. (2002). Effects of 1,1,1-trichloro-2,2- bis(p-chlorophenyl)-ethane (p,p’-DDT) on 3T3-L1 and 3T3-F442A adipocyte differentiation. Biochem Pharmacol, 997-1007.
5. Olsen , H., Enan, E., & Matsumura, F. (1998). 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin mechanism of action to reduce lipoprotein lipase activity in the 3T3-L1 preadipocyte cell line. J Biochem Mol Toxicol, 29-39.
6. Michael Berk, Lana J Williams, Ana C Andreazza, Julie A Pasco, Seetal Dodd, Felice N Jacka, Steven Moylan, Eric J Reiner, Pedro V S Magalhaes. 2014. Pop, heavy metal and the blues: secondary analysis of persistent organic pollutants (POP), heavy metals and depressive symptoms in the NHANES National Epidemiological Survey. BMJ Open.
7. Romilly, E., Hodges , & Minich, D. M. (2015). Modulation of Metabolic Detoxification Pathways Using Foods and Food-Derived Components: A Scientific Review with Clinical Application. Journal of Nutrition and Metabolism, 23.
8. Marth E, E., Jelovcan , S., Kleinhappl , B., Gutschi , A., & Barth, S. (2001). The effect of heavy metals on the immune system at low concentrations. Int J Occup Med Environ Health, 375-86.

9. Reiter J. R., Manchester C. L., Dun-Xian T. 2010. Neurotoxins: Free Radical Mechanisms and Melatonin Protection. Curr Neuropharmacol: 194–210.

Saturday 18 November 2017

Kenapa pilih Shaklee?



Dulu saya takut nak amalkan supplimen. Bila terdengar macam-macam cerita bila amalkan supplimen. Tapi bila dikenalkan oleh seorang leader dengan Shaklee, sampai sekarang masih setia dengan supplimen Shaklee. Malah sudah menjadi ahli sejak dari 2012.

Saya rasa selamat bila amalkan produk Shaklee. Selamat dan memberi kesan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Ingatkan takder langsung produk supplimen yang selamat, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya, tiada yang berasaskan semualajadi dan seumpamanya.

Rupa-rupanya saya silap. Shaklee menawarkan produk yang selamat, terbukti dan berkesan.



SELAMAT (SAFE)

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat.
1.  Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu. Selain itu, mereka turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
2.    Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP).
3.  Shaklee telah melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk mereka selamat digunakan.
4.    Tiada bahan pengawet, pemanis dan perasa tiruan
5.   Produk Shaklee adalah bebas Gluten. Maka ianya sesuai untuk mereka mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
6.   Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk Shaklee kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.
7.  Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care shaklee adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.
8.    Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan.



TERBUKTI (PROVEN)
1.  Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Landmark Study, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplimen sama sekali.
2. Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding pengguna sihat tanpa mengambil apa-apa suplemen.
3.    Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten
4.   Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.



BERKESAN (EFFECTIVE)
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. 
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini
  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Credit : Shaklee Malaysia
Saya sudah memilih produk/suplimen Shaklee untuk diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?
Pilihan di tangan anda. Pilih yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.

Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Thursday 16 November 2017

CARA MENGENALI JENIS KULIT ANDA


Penting untuk anda tahu jenis kulit anda supaya mudah untuk memilih skincare yang sesuai.


Jadi, bagaimanakah cara mudah untuk mengenal pasti jenis kulit? Ikuti langkah-langkah seperti berikut:


1.        Sekiranya anda masih mengenakan make-up, bersihkan terlebih dahulu dengan make-up remover. Kemudian cuci muka anda menggunakan pencuci   muka yang lembut. Dan lap muka anda dengan tuala besih.


2.    Tunggu sehingga satu jam. Kerana pada ketika ini, kulit anda akan kembali pada keadaan asalnya mengikut jenis kulit. 

AWAS! JANGAN SESEKALI USAP ATAU PEGANG MUKA ANDA DENGAN TANGAN.


3.     Ambik blotting paper atau minyak kertas dan dap dap pada kulit muka anda.  Satu keping untuk bahagian dahi, satu keping untuk setiap satu pipi, satu keping untuk bahagian hidung dan satu lagi di bahagian dagu.


4.         Perhatikan pada setiap blotting paper tersebut.

·      Jenis kulit kering – Setiap blotting paper adalah kering dan tiada kesan minyak langsung.
·         Jenis kulit normal – Setiap blotting paper hanya ada sedikit kesan minyak.
·   Jenis kulit berminyak – Setiap blotting paper mempunyai kesan minyak yang banyak hingga blotting paper kelihatan lutsinar.
·      Jenis kulit kombinasi – Kesan minyak yang banyak pada blotting paper di bahagian dahi dan hidung (T-zone). Manakala di pipi dan dagu adalah kering atau sedikit berminyak.


Semoga ianya membantu mengenalpasti jenis kulit muka anda.


Sekiranya ingin mendapatkan supplimen untuk kecantikkan kulit dari dalam, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah.



Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...