Tuesday 11 October 2016

5 Tips Penjagaan Mata Yang Perlu Kita Tahu

1) Waktu Tidur Yang Cukup 
– Penting untuk kita mendapat waktu tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6 ke 8 jam sehari. Kurang mendapat tidur akan menyebabkan mata kelihatan sembap, lesu, tidak bermaya dan terbentuknya eyebag atau lingkaran gelap di bawah mata.

2) Minum Air Suam Secukupnya – Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Air membantu sebagai agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Air juga berfungsi sebagai pelarut, penyejuk dan pelincir dalam badan. Kekurangan air boleh menyebabkan mata kerap terasa kering.

3) Mata Bebas Solekan
– Setiap kali sebelum tidur, pastikan bahagian mata bebas dari sebarang kesan solekan.

4) Lindungi Mata Dari Pancaran Matahari
– Jika kerap melakukan aktiviti luar, pastikan anda memakai cermin mata anti ultraviolet (UV). Sinar UV sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan katarak, merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

5) Jaga Pemakanan
– Pemakanan yang seimbang penting untuk memastikan tahap kesihatan berapa pada tahap yang baik. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur daun hijau contohnya bayam, mengandungi nutrien yang baik untuk mata. Manakala sayur dan buah-buahan yang berwarna kuning kemerahan seperti lobak merah, tomato, keledek dan sebagainya adalah kaya dengan Vitamin A. Vitamin A membantu membina pigmen untuk mendapat penglihatan yang baik di waktu malam. Selain itu Vitamin A juga boleh diperolehi dari makanan lain seperti hati, kuning telur, keju dan mentega.

Bagi sesetengah orang yang tak boleh nak jaga makan...ambil jer Carotomax Shaklee.

Ini kerana satu kapsul Carotomax juga membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semulajadi yang sangat bagus untuk kesihatan. Dalam setiap kapsul Carotomax Shaklee ini kita akan mendapat semua khasiat 6 variety karotena yang memberikan kebaikan karotenoid yang lengkap yang sukat untuk didapati daripada diet harian.



No comments:

Post a Comment

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...