Friday 22 September 2017

HB RENDAH KETIKA HAMIL


Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh ibu hamil adalah masalah Hb rendah. Setiap kali checkup pastinya kena tahan telinga dek bebelan nurse. Dah bermacam-macam cara dibuat tapi masih tak membantu. Dan akhirnya kena ambil suntikan atau menjalani proses tambah darah. Pastinya 3-4 beg darah.

Anemia adalah keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Hb adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya mengangkut oksigen daripada salur pernafasan ke seluruh badan manusia. 

Masalah Hb rendah boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan zat badan semasa lahir, masalah keguguran, bayi dilahirkan cacat atau paling teruk bayi meninggal di dalam kandungan.



Bacaan HB Normal untuk Ibu hamil

Bagi ibu mengandung, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia:


Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)
      Kategori Anemia     
> 11.0
Normal
9.5 < 11
Anemia Ringan
8.0 < 9.5
Anemia Sederhana
6.9 < 8.0
Anemia Kritikal
< 6.9
Anemia Sangat Kritikal


Punca Hb Rendah

1.         Kekurangan Zat Besi (Iron)

Salah satu faktor utama Hb rendah bagi ibu-ibu hamil adalah kekurangan zat besi. Zat besi (iron) penting dalam penghasilan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah protein dalam sel darah merah. Ianya berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 

2.         Kekurangan Asid Folik (B9)

Asid folik sangat penting bagi ibu hamil. Malah sangat digalakkan ambil sebelum bermula kehamilan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat semasa lahir.

Selain itu asid folik amat penting bagi membantu penghasilan sel darah yang sihat. Disebabkan itu, kemungkinan lain Hb rendah ketika hamil adalah kekurangan asid folik. Badan ibu hamil memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru. Ini termasuklah menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat. Kekurangan asid folik akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.


3.         Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 sangat penting untuk membantu proses pembentukan sel darah merah yang sihat. Kekurangan vitamin B12 ini selain menyebabkan hb rendah, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

Ibu hamil yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur akan lebih terdedah kekurangan Vitamin B12.


4.         Kekurangan Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam membantu penyerapan zat besi. Kekurangan Vitamin C juga boleh menjejaskan bacaan Hb ibu-ibu. Anda sudah tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan zat besi (iron) tapi disebabkan kurang pengambilan Vitamin C, bacaan Hb masih tak memuaskan.


Sebab itu, seimbangkan pengambilan zat besi & Vitamin C. Banyakkan pengambilan buah-buahan citrus seperti oren & lemon, jambu batu, epal, strawbery, kiwi dan sayur-sayuran hijau.


Cara untuk naikkan HB & Tambah Darah

1.           Makan makanan yang membantu untuk menaikkan paras Hb dalam darah
        Contoh : daging merah, hati, bayam, brokoli, pisang, madu, buah delima, kerang dan  sebagainya.

2.            Dapatkan supplimen tambahan
 Amalkan 3 vitamin asas dalam set kehamilan Shaklee. Iaitu Vitalea, B Complex dan  SR Vita-C plus.



3.           Elakkan minuman dan makanan yang berkafein atau bikarbonat

4.     Jarakkan pengambilan kalsium atau susu dengan makanan yang meningkatkan Hb dalam darah.
Contohnya seperti seperti susu dan keju. Jarakkan dalam tempoh 2-3 jam dengan makanan atau vitamin yang meningkatkan paras Hb. Tetapi jangan abaikan pengambilan kalsium. Ini kerana kalsium penting dalam pembentukkan tulang bayi dalam kandungan.



Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

No comments:

Post a Comment

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...