Friday 31 March 2017

Kolestrol, Sakit Jantung & Darah Tinggi

Sebelum tu jom kita kenali kolesterol dulu.

Ramai yang beranggapan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya bukan begitu. Ini kerana kolesterol ada yang baik(HDL) dan ada yang jahat(LDL). Tahap kedua-dua kolesterol ini perlu seimbang mengikut keperluan tubuh. Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh kerana ia membawa  masalah kepada pengumpulan kolesterol dalam arteri. Kolesterol yang baik berfungsi sebagai pembentuk sel membran, menyaring setiap molekul yang masuk dan keluar dari dalam sel, membantu menghasilkan hormon tubuh seperti hormon seksual dan membantu dalam menghasilkan cecair hempedu.


Selain kolestrol dihasilkan oleh hati, kolesterol juga diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol berada di hampir semua bahagian tubuh seperti di otak, sistem saraf, otot, kulit, hati , usus dan jantung.


Tahap Kolestrol yang tinggi boleh menjadi penyebab kepada penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) dan seterusnya penyakit jantung.


Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension, merujuk kepada tekanan darah yang menolak ke arah dinding arteri dengan tekanan yang tinggi semasa peredaran darah. Individu yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat adalah dijangka mempunyai penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang meningkat melebihi paras normal dan kekal tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung. Bukan itu jer, kegagalan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga masalah kesihatan yang lain.

Dalam pengukuran tekanan darah, nombor di bahagian atas dikenali sebagai tekanan sistolik, iaitu mewakili tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam darah. Nombor di bahagian bawah pula adalah tekanan diastolik, iaitu mewakili tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan darah yang normal ditakrifkan sebagai kurang daripada 120/80mmHg. Seseorang yang tekanan darah berjalan antara 120-139/80-89 dikatakan mempunyai pra-tekanan darah tinggi. Tekanan darah paling rendah adalah semasa tidur dan meningkat apabila bangun. Ia juga berlaku peningkatan apabila seseorang itu teruja atau aktif.


Penyakit jantung atau Penyakit kardiovaskular ialah sejenis penyakit yang berkait dengan sistem peredaran darah,jantung dan pembuluh darah. Penyebab Penyakit Jantung Secara Umum sakit jantung adalah gaya hidup yang tidak sihat. Selain itu tabiat merokok, stres, dan obesiti. Namun, ada juga beberapa penyebab umum yang membuat seseorang boleh terkena penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit diabetes. 

Jadi, untuk mengelak semua ini terjadi kena la jaga pemakanan. Jajan, makanan berproses, makanan berlemak, alkohol perlu dielakkan. Makan makanan seperti bijian, sayur2an, susu rendah lemak dan sebagainya. Kurangkan pengambilan garam dan bahan perasa. Selain itu, hentikan tabiat merokok dan pandai menguruskan stress. Mengamalkan aktiviti bersukan yang sesuai dengan had umur masing-masing.

Selain itu, amalkan lah pengambilan supplimen iaitu Vivix. Kita semua tahu Vivix nie di formulasikan dari penggunaan 4 bahan utama iaitu Elderberry, Anggur muscadine, Purple carrot dan polyganum cuspidatum. 

Polyganum Cuspidatum berperanan untuk proses pembersihan kolestrol dalam salur darah. Elderberry berfungsi sebagai oksidasi terhadap kolestrol LDL. Oksidasi LDL ini boleh menyumbang kepada penyakit jantung sekiranya tidak diberi rawatan segera. Di dalam kandungan elderberry yang tinggi antioksidan ini mampu memberi pengurangan stress yang menjurus kepada penyakit darah tinggi yang tidak terkawal.

Anggur Muscadine dan Purple Carot juga mengandungi antioksida yang tinggi dan bioflavonoid membantu proses pembersih salur darah yang tersumbat.

Jangan lupa dalam Vivix ada Resveratrol. Fungsi Resveratrol adalah:

1. Membantu meningkatkan HDL

Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung

2. Membantu mencegah LDL

Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.

3. Mencegah penggumpalan platlet

Mencegah penggumpalan platlet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.

Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).

4. Membantu meningkatkan pengaliran darah

Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.


Jika anda atau ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja yang ada masalah kolestrol, jantung dan darah tinggi, cubalah Vivix nie.

Memang tak mengecewakan.

Pilihan yang TERBAIK untuk hasil/manfaat yang TERBAIK.


Pengedar Sah Shaklee,
Intan
012 58282514

COD sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...