Saturday 17 December 2016

POWER OF THE SEDEKAH


10 Disember 2016
Syoknya bila balik kampung, dinner kat luar dengan family semua..itupun ada sorang tak dpt balik. Malam tu kami decide nak pergi makan kat Le'Pak Kitchen, Taman Kaya. Ramai dok viral cakap makanan sedap, service pun cepat dan harga yg murah...mmg harus pergi dan cuba...

Bila masuk jer kedai, meja semua dah penuh...Alhamdulillah abg kedai tu ckp masih ada tempat kosong di belakang sekali, tmpt nya ala2 mcm dalam bilik.. bukan saja ada Western Food, tapi ada jugak masakan panas...

Jadi, masing2 order.. mak makan nasi goreng kampung. Mak tak makan western2 ni.. Faisal order Keow Teow Hailam, Fadli order Lamb Chop (selera besar sama naik ngan badan), Wife nya order Meat Ball, saya dan suami order Chiken Chop Cheese, Ammar ngan Spagheti Bolognese nya dan Amjad & Zara makan Nasi Goreng Cina... Semua saya cuit rasa. So betul la apa yg di viral kan...
kalau nak bagi wow, 4/5 woww laa...





Sebelum balik nmpk Badut jual Belon di tengah2 kedai. Terus jumpa Badut cakap nak beli 1. Tapi rupa-rupanya dia OKU (pekak dan bisu)...Ampun tak nmpk langsung tag OKU yang dipakai... So, beli la saya untuk anak-anak dan anak sedara yg jumlahnya RM7 sahaja. Saya hulurkan RM10 dan bakinya saya tak amik...sbb mmg dah niat nak sedekahkan baki duit semasa dia tengah2 buatkan belon utk derang ni...


Sampai rumah dah 10.30mlm dgn masing2 semua kekenyangan dan puas hati... Alhamdulillah...

Bersiul2 lak tepon nie, ada whatsapp masuk... " Intan, akak nak Vitalea 1, Ostematrix 2 dan Nutriferon 1." Alhamdulillah... 😊

Sambil dok tepuk-tepuk Amjad tidur, teringat pulak badut kat kedai makan tadi...haiishh..

11 Disember 2016
Dalam jam 11.30pg mcm tu, ada seorang customer whatsapp yang dia dah bank in kan duit nak beli Mealshakes utk anaknya yang susah nak makan. Syukur Alhamdulillah...

Dalam jam 4 lbh mcm tu, seorang prospek yang bertanyakan supplimen Ibu Hamil sejak 2 minggu lalu mintak COD kan Vitalea dan Ostematrix di kedai makannya di Changkat Jering. Sepanjang perjalanan saya tak putus2 ucap syukur. Subhanallah, Alhamdulillah....Ya Allah,Yang Maha Pemurah.

Masa tu hati mula terdetik...Ya Allah..Allahu Akbar... rasa hiba yg teramat sangat...
Hati berkata-kata, "Adakah rezeki yang ku terima nie disebabkan sedekahku mlm tadi??

14 Disember 2016
"Kak Intan, berapa harga Vivix?"

Dalam hati, nie kalau bagitau harga konpem tak jadi beli...

Selepas bagitau harga, Alhamdulillah tak terkejut dan beliau nyatakan niat untuk bagi pada Maknya.
1st customer yang nak beli supplimen untuk Mak. Bertuah Mak nya...

Terus doa dalam hati supaya Allah murahkan rezeki beliau dan semoga dipermudahkan niatnya tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syukur, Alhamdulillah...Allah Yang Maha Pemurah

Bersedekahlah walaupun kecil nilainya...

Niatkan sedekah kerana Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa tahu bagaimana untuk membalas dan memberi kebaikan kepada kita semula.





No comments:

Post a Comment

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...