Saturday, 22 July 2017

Impian & Bisnes Shaklee

Siapa saya 10 tahun akan datang?



Jom la kita berangan jap...๐Ÿ˜Š

10 tahun akan datang, saya adalah Master Intan Izlina Abdul Rashid. Berumur 45 tahun. Walaupun dah 40th series, Intan tetap akan nampak awet muda sebab Intan amalkan Vivix dan Shaklee Collagen Powder. Sila jangan jeles yer..๐Ÿ‘ง


Pada masa ini, Intan sudah mempunyai empayar yang besar dalam bisnes Shaklee. Aminnn..Para downline Intan berada di setiap negeri. Seluruh rakyat Malaysia tidak ada masalah untuk dapatkan produk Shaklee, hanya call downline Intan yang berada di seluruh Malaysia. 


Dah pangkat Master, of course segala benefit Shaklee dah merasa seperti Car Bonus, Conference dan pelbagai trip percuma. Selain Monthly Bonus, Leadership Bonus atau apa saja cash bonus yang dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan, Shaklee juga beri Car Bonus. Shaklee bukannya bagi sebiji kereta tapi Car Bonus ini adalah dalam bentuk wang yang dimasukkan dalam akaun dan amaunnya bergantung pada hasil jualan anda. Bagi yang belum ada kereta, boleh pakai wang tersebut untuk beli kereta. Kalau sudah memiliki kereta, wang tersebut boleh dibuat sebagai bayaran bulanan kereta sedia ada. Kereta sudah habis bayar, gunalah wang tersebut untuk disimpan atau membuat pelaburan rumah atau apa saja. Wang tersebut sudah menjadi milik anda, pandai-pandailah mahu menggunakannya. Menarik bukan..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Selain manafat dari segi kewangan, Shaklee juga menyediakan trip percutian percuma bagi yang layak. Trip percutian bukan saja dalam Malaysia tetapi seluruh dunia. Penginapan hotel 5 bintang, duit poket, travel bag, hadiah, makan di restoron mewah dan juga ada kejutan-kejutan untuk para Shaklee Leaders yang best tak terkata. Syoknyaa... ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ


Wang dalam akaun simpanan pun hampir mencecah RM200K.๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต 
WoW!!! Best nya kalau ada sekarang...hihi.. Monthly income dah cecah RM50k dan ke atas, tak mustahil setiap bulan Intan adalah antara penyumbang zakat yang terbanyak. Aminnn... 



Impian untuk hantar mak dan abah pergi menunaikan ibadah Haji pun sudah terlaksana. Rumah untuk mak dan abah juga telah disediakan. Setiap bulan tidak pernah missed untuk beri wang pada mak dan abah. Aminnn..Syukur, Alhamdulillah...Aset rumah pun ada 1 lagi yang dibuat sewa. Nanti anak dah besar, kahwin boleh duduk situ. Yang sorang lagi duduk dengan ummi dan ayah yer... ๐Ÿ˜œ



Dalam berbisnes Shaklee nie, bukanlah kekayaan di dunia yang Intan cari tetapi kekayaan di akhirat kelak. Untuk kaya di akhirat, kita perlu kaya di dunia. Untuk menjadi penyumbang zakat terbanyak, memerlukan duit bukan? Untuk membantu orang yang memerlukan juga perlukan duit. Untuk membahagiakan dan memberi yang terbaik untuk mak, abah dan adik beradik yang lain juga perlukan duit. 

Bergenang pulak air mata ni...sob sob sob...๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Jika dipanjang umur, semoga kesemua angan-angan dan impian Intan tercapai. Aminnn Ya Rabbal A'lamin.


Intan Izlina Abdul Rashid
Pengedar Sah Shaklee Shah Alam
012 5828514
1.05am (23 Julai 2017)

Friday, 21 July 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah favourite kami sekeluarga. Dalam seminggu at least 2 kali seminggu buat Ayam Goreng Berempah.




Bahan-bahannya :

1. 7-8 ketul isi ayam yang telah dipotong
2. 2 batang serai 
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 sudu cili kering (kisar)
6. Garam secukup rasa
7. 3 sudu besar rempah daging
8. 2 tangkai daun kari
9. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Ayam dibersihkan dan diketepikan.
2. Serai, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar
3. Masukkan cili kering, bahan-bahan yang ditumbuk, daun kari, garam dan rempah daging ke dalam bekas yang berisi ayam.
4. Gaul sehingga rata
5. Sebaiknya di perap 2-3 jam
6. Goreng di dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana.

Intan selalunya akan masukkan dalam peti sejuk untuk perap semalaman. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi lemak. Gambar siap goreng tak sempat snap. Letak jer terus hilang masuk dalam perut suami & anak-anak.


5 SEBAB TOLAK SUPPLIMEN

Sebahagian rakyat Malaysia TAK SUKA amik supplimen. Kenapa yer? 
Ini adalah beberapa kemungkinan:

1. Tak boleh telan pil dan tak sedap.
- Ini adalah antara alasan saya bila kawan ajak amalkan supplimen. Sebenarnya tak semua supplimen adalah dalam bentuk pil atau tablet. Ada yang berbentuk serbuk (bancuh dan minum) dan dalam bentuk cecair (terus minum). Rangkaian supplimen Shaklee ada yang berbentuk tablet, serbuk dan cecair. Supplimen Shaklee yang berbentuk serbuk dan cecair semuanya sedap. Contohnya ESP. Diperbuat daripada soya non-gmo. Bagi peminat soya pastinya tak akan pilih minuman soya yang ada dipasaran dan belum tentu memberi manfaat yang baik untuk kesihatan. Boleh pula dipelbagaikan dengan mencampurkan dengan kurma, kismis, atau buah-buahan. Vivix, the most powerful suppliment ever after. Rasany manis manis masam. Maklumlah salah satu bahannya adalah dari Anggur Muscadine, anggur yang paling unik dan terbaik di dunia. Shaklee Colagen Powder pula perlu dibancuh samada bersama milo, horlick atau jus buah-buahan.

2. Sudah mengambil makanan yang seimbang
- Ini pun salah satu alasan Intan tak nak makan supplimen. Sebabnya rasa diri dah cukup dapatkan zat dan vitamin dari makanan harian. Masa tu belum kenal Shaklee. Pulak tu kebanyakkan yang amik supplimen masa tu ada masalah buah pinggang. Jadinya memang takut sangat nak amik supplimen. Jadinya makanlah buah-buahan, sayur-sayuran yang pelbagai warna, ada proteinnya, ada karbohidratnya. 

Tapi pada zaman sekarang sayur-sayuran dan buah-buahan kebanyakkan sudah diubah ginetiknya (GMO). Belum bab penggunaan bahan kimia berbahaya. Masukkan bahan kimia untuk mengekalkan kesegaran, rendam dengan pewarna la dan macam-macam lagi. 

Ayam pula, banyak pula dicucuk untuk cepatkan tumbesaran. Belum bab bila ianya telah dimasak. Tahukah anda, protein akan musnah bila dikenakan suhu yang tinggi. Yang tinggal hanya 5% dan selebihnya adalah "sampah".





Jadi, tak banyak mana pun zat-zat dan mineral yang masuk dalam badan kita melalu pemakanan harian. Nak cukupkan kena la amik supplimen iaitu makanan tambahan.


3. Tak sakit. Saya sihat walafiat.
- Lumrah rakyat Malaysia, bila dah sakit baru terngadah. Selalu tunggu sakit, baru gelabah nak cari penawarnya. Kurang sifat sediakan payung sebelum hujan. Yang takut pergi hospital, mulalah mencari berbagai produk luar yang kebanyakkannya buat makin teruk dan "atas semata-mata mahu untung". 

Ramai yang tak tahu dengan mengamalkan supplimen, penyakit-penyakit tersebut dapat dielakkan. Bagi yang sudah menghidapi penyakit, sila dapatkan rawatan doktor, jangan tinggalkan ubat dan dapatkan supplimen Shaklee yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan atau memulihkan.


4. Kurang ilmu mengenai kepentingan supplimen.
Bila dengar ada yang kena sakit buah pinggang sebab amik supplimen, dari nak beli terus tak jadi. Tindakan yang tidak bijak. Sebaiknya selidiki dulu apa yang menyebabkan sakit buah pinggang, supplimen brand apa yang dia amik, makan ubat doktor ke tak dan sebagainya. Bagi yang ingin ambil supplimen, selidiki setiap brand supplimen yang nak di ambil. 

Syarikatnya, kandungannya, cara pembuatan atau pemprosesannya, feedback dari pengguna sebelum nie, Landmark Study ada ke tak, ada ujian klinikal ke tak dan sebagainya. Bila tiada research tentang supplimen, itu yang membuatkan seseorang itu tersalah memilih produk dan langsung tidak menerima supplimen seumur hidupnya. 

5. Macam makan ubat
Ubat dan supplimen adalah sangat berbeza. 3 perbezaan antara ubat dan supplimen.

Ubat Supplimen
1 - Diambil ketika sakit 1 - Boleh di ambil bila-bila masa
2 - Berfungsi untuk merawat 2 - Mencegah dan membantu untuk memulihkan penyakit
3 - Kebergantungan pada jangka masa panjang akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan 3 - Pilih supplimen yang semulajadi. Pemilihan supplimen sintetik akan memudaratkan kesihatan pada jangka masa panjangMempunyai kesan yang negatif untuk jangka panjang


Penulisan ini adalah dari pengalaman sendiri yang dulunya anti-supplimen. Semoga manfaat untuk semua. Yang buruk datang dari saya, yang baiknya dari Allah swt. 

Nak supplimen Shaklee?

Klik www.wasap.my/60125828514
FB : intan.izlina
FB Page : Kedai Sihat.Cantik

Monday, 8 May 2017

Shaklee community Healh Event

Shaklee Health Carnival


Sabtu dan Ahad yang lepas berlangsung Shaklee Health Carnival bersempena pembukaan Shaklee HQ yang baru di Sunway Geo. Berbagai aktiviti dan hadiah yg menarik disediakan. Ada juga talk kesihatan oleh doktor Sunway Medical Centre.


Memang rugi tak pergi. Sebab ada pemeriksaan kesihatan percuma. Bone check, glucose & cholestrol check dan BMI check. Yang paling dapat perhation adalah Tornado Chamber. Dalam tu boleh grab sebanyak mana point utk ditebus dengan hadiah.


Bagi yang terlepas peluang untuk hadir pada minggu lepas, boleh pergi pada 20 & 21 May ini. Pada tarikh tersebut ada Breast Health Check, Bone Check, Skin Analysis dan BMI Check. Ada booth Health Boost. Disini diajar untuk hasilkan makanan sihat. Sesapa yg suka selfie, boleh masuk contest Selfie & Win. Dapat 20 likes dan 10 shares, tunjuk pada emcee dan menang hadiah.







Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain...jom kesana.. boleh bawak sesapa saja. Masuk adalah percuma. Parking free. Yang tiada transport boleh amik Grab Car - 5% off.



Jom..jom...jumpa di sana pada 20 dan 21 Mei 2017 nnt.

Pengedar Sah Shaklee,
Intan
012 5828514

Keperluan Supplimen Dalam Kehidupan Harian


Ada orang kata, kalau makanan harian dah cukup lengkap dengan karbo, sayur, ayam ikan bagai, dah tak perlu amik suplemen dah. Orang sihat pun tak perlu supplemen. Orang sakit lagi la tak perlu, consume ubat jer..

Hurmm...yer ker?๐Ÿค”๐Ÿค”



Sayur yang anda amik tu konpem tak der semburan racun langsung ker? Cara masak menggoreng ker makan mentah? Ayam tu, ayam organik tak, konpem tak der suntikan hormon yer?

Sayur kalau kata konpem tak der semburan racun, tipulahh..pergi pasar mesti cari yang daun2 nya yang cantik jer kan. Yang cantik tu sbnrnya ada disembur racun. Ulat2 takut nak singgah. Jangan tak tahu ayam ada yang disuntik hormon untuk mempercepatkan tumbesarannya. Nak tunggu membesar secara normal lambat, so suntik la hormon.

Korang tahu tak, makanan yang dimasak pada suhu tinggi akan memusnahkan zat yang ada pada makanan tersebut. Mungkin hanya 5-10% yang tinggal atau tiada langsung.

That's why pada zaman sekarang kita perlukan vitamin atau makanan tambahan.

Antara sebab-sebab lain mengapa vitamin penting?

1. Buah-buah dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.
2. Berlaku kehilangan zat makanan semasa memasak
3. Kerap makan di luar
4. Gaya hidup tidak aktif
5. Kerap dijangkiti demam dan selsema
6. Pencemaran udara, air
7. Terdedah kepada radikal bebas



Jika anda pilih vitamin Shaklee, anda tak kan rasa ragu2. Sebab vitamin Shaklee ni adalah selamat, berkesan, halal, ada Landmark Study.

Seseorang tu mudah terkena penyakit sebab ada sel yang tak sihat. Maka, sihatkan sel-sel anda dengan zat nutrisi yang mencukupi.

Jom buat pelaburan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


Tuesday, 4 April 2017

Penyakit Alzheimer dan Resveratrol


Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT ALZHEIMER'S
1 - Hilang keupayaan untuk menerima info dan maklumat baru
2- hilang keupayaan untuk berfikir

3- Hilang keupayaan mengenal pasti objek ( bukan disebabkan oleh rosak penglihatan)

Contoh : tak kenal ahli keluarga sendiri
4- Keupayaan membaca, menulis dan bercakap terjejas
5- Perubahan personaliti dan tingkah laku
Bila terjadi hilang ingatan dan sekurang-kurangnya 2 atau lebih simptom tersebut, baru lah doktor akan diagnos orang tu mempunyai Alzheimer's.

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT ALZHEIMER'S?

1- Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun

2- mempunyai family history - orang yang ada ahli keluarga menghidap Alzheimer's lebih berisiko

3- orang yang mempunyai gene APOE ( apolipoprotein E) - lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai gene ini

4. Pesakit diabetes, darah tinggi , kolesterol tinggi --> berisiko mendapat strok dan dementia

5. Orang yang kurang berpelajaran & tidak berkerja

6. Pernah mengalami kecederaan otak

7. Mengalami kesukaran tidur atau tidur tak tentu masa

RAWATAN DOKTOR?
Biasanya doktor akan bagi ubat untuk mengurangkan simptom. Atau ada setengah keadaan, doktor bagi ubat tidur

APA YANG TERJADI KPD OTAK PESAKIT ALZHEIMER'S?
Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).
Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

RESVERATROL MEMBANTU PESAKIT ALZHEIMER'S?
Kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015 mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemererosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti.
Pesakit diberikan Resveraterol yang bersamaan dengan 1000 botol wine setiap hari.
Maknanya, keadaan pesakit Alzheimer's tidak jadi makin kronik!
Didapati bahawa kadar protein beta amiloid40 kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.


Resveraterol mengurangkan keradangan di Otak 

Otak pesakit Alzheimer's biasanya mengalami kerosakan disebabkan oleh keradangan. Keradangan terjadi disebabkan oleh protein yang tergumpal di dalam otak.

Antara hasil kajian yang masih perlukan kepastian

1. Kajian juga mendapati kadar respons imuniti menjadi lebih baik. Protein neurotoxic makin berkurangan

2. Resveraterol mengurangkan pembengkakan otak yang disebabkan oleh keradangan.

MANA NAK DAPATKAN RESVERATROL?

Dalam Vivix ada Resveratrol ni. Tiada alkohol dan halal. Satu hidangan Vivix mengandungi sama banyak Resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wine merah.

Dapatkan Vivix segera

Penjimatan yang berganda dengan pembelian Twinpack Vivix.
- Free Membership
- Free postage
- Cash bonus RM38
- Free Consultation

Pengedar Sah Shaklee anda,
Intan
012 5828514

Friday, 31 March 2017

SET PENJAGAAN MUKA YANG SELAMAT

Penggunaan bahan-bahan kosmetik sangat sinonim dgn orang2 muda hari ini terutama wanita. Ramai yg teruja dgn iklan "PUTIH SELEPAS 5 HARI" "PUTIH SAMPAI NAMPAK URAT HIJAU" "KULIT PUTIH HALUS MULUS DALAM BEBERAPA MINIT SAJA". Iklan yang macam ni ramai yang mintak PM. Ramai orang sekarang ni "MALAS" dan kesan nak segera. Akibatnya, mereka merosakkan badan sendiri dan memberi kesan yg sangat teruk.

Tahukah Anda produk yang memberi kesan segera ni mengandungi MERKURI, HYDROQUINONE & TRETINOIN.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan daripada penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.Tapi penggunaan tanpa pengawasan, bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bagi produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri,ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Sumber : Sinar Harian online
Bagi yang tak tahu, Shaklee ada produk Skincare Nutriwhite.

- Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
- 3 tahun pembangunan produk
- Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
- Ujian yang menyeluruh
- Ramuan gabungan yang optimum
- Selamat dan berkesan
- Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti
- Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya


Bertindak Dengan 5 Cara
*****************************
๐ŸŒž Mencegah – Melindungi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari, dan alam sekitar (yang mana dapat menggelapkan kulit)
๐ŸŒžMengurangkan – Mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap. Hasilnya:-
  • Kulit lebih cerah dan berseri
  • Mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah kelihatan lebih sempurna
๐ŸŒžMenyekat – Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam
๐ŸŒžMencerahkan – Mencerahkan warna melanin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.
๐ŸŒžMemperbaharui – Memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit cantik berseri.

Set penjagaan kulit NutriWhite Shaklee ini sangat berbaloi-baloi. Ianya boleh bertahan lama. Contohnya satu tiub Gentle Deep Foaming Cleanser bertahan selama 6-7 bulan. Sangat menjimatkan bila menggunakan NutriWhite Shaklee ni. Ada yang cakap NutriWhite Shaklee setanding dengan jenama mahal produk penjagaan kulit spt *K**. Malahan, NutriWhite lebih hebat dan kesannya lebih baik.

Jom tukar kepada produk skincare yang memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang. 

Selamat untuk kulit dan tidak memberi kesan yang tidak baik pada tubuh.

Pengedar Sah Shaklee,
Intan
012 5828514

COD sekitar Shah Alam
POS Seluruh Malaysia

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...